WanSaiful.com

Personal thoughts of Wan Saiful Wan Jan

Salah faham ahli Majlis Syura PAS Pusat

Entri kali ini ialah entri muqadimah kepada artikel lain yang insha-Allah akan saya cuba karangkan nanti. Saya hanya mahu merekodkan fakta sahaja kali ini, dan akan memberi hanya satu komentar pendek di penghujung. Untuk artikel yang penuh nanti saya telah berjanji dengan Ustaz Zaharudin bahawa saya akan emailkan kepada beliau dulu bahagian yang saya akan quote dari beliau.

Saya baru balik dari Konvensyen Profesional Muda Melayu Kebangsaan yang diadakan di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor. Saya menjadi panelis dalam forum yang diadakan sebelah petang tadi, bersama-sama Dr Hasan Mad (Majlis Permuafakatan Melayu), Dr Zuhdi Marzuki (Universiti Malaya) dan Ustaz Zaharudin Mohamad (Ahli Majlis Syura PAS Pusat).

Saya amat tertarik dengan pembentangan, dan seterusnya kesalahan, Ustaz Zaharudin yang merupakan ahli Majlis Syura PAS Pusat. Beliau menggunakan beberapa slaid Powerpoint untuk menunjukkan betapa pengaliran harta negara perlu diperbaiki. Satu slaid yang dihurai agak panjang oleh beliau menunjukkan pengaliran yang sebegini:

  • rakyat mempunyai harta
  • harta itu diambil oleh kerajaan melalui pelbagai cara (cth: cukai)
  • harta disalurkan kepada Khazanah Nasional Berhad
  • Khazanah menggunakan harta itu untuk menjadikan golongan peniaga kaya
  • golongan peniaga itu dilabelkan sebagai golongan “capitalist”

Tajuk yang terpampang di atas slaid itu mendakwa bahawa itulah sistem kapitalis.

Saya tidak berpeluang untuk bersuara selepas beliau menunjukkan slaid itu tetapi saya berbual dengan beliau semasa minum teh. Saya bertanya, “Apa yang Ustaz gunakan sebagai definisi kapitalisme dan apa bezanya dengan sosialisme?”.

Ini jawapan beliau:

  • kapitalisme dan sosialisme dua-dua mengambil dari rakyat dan kemudian mengagihkan harta itu.
  • bezanya ialah cara pengagihan
  • kapitalisme ialah satu sistem ekonomi bersifat “top-down”
  • maksiat ekonomi dalam kapitalisme ialah ia menghasilkan monopoli
  • kesalahan kapitalisme dalam kaca mata Islam ialah ia mengongkong rakyat

Sikap cuba menunjuk tahu sebeginilah yang menyebabkan sesetengah pemimpin PAS ditertawakan oleh masyarakat. Saya cuba memperbetulkan bahawa sistem yang beliau sebut itu sebenarnya bukan sistem kapitalisme yang berteraskan pasaran bebas, tetapi sebenarnya sosialisme berteraskan pengawalan pasaran. Tetapi nampaknya usaha saya untuk menyampaikan pembetulan beberapa ayat ditolak dengan pelbagai alasan. Saya cuma meminta satu perkara sahaja, iaitu, tukar semua perkataan “kapitalis” dalam slaid itu kepada perkatan “sosialis”. Kandungan slaid itu rasanya dah betul tetapi terma yang digunakan salah seratus peratus.

Sistem top-down ialah sosialis! Kapitalis mengamalkan sistem bottom up. Dan kapitalis mahukan agar kerajaan TIDAK mengambil dari rakyat. Hanya sosialis yang mahukan sedemikian.

Untuk huraian lebih terperinci, sila rujuk Econlib. Untuk huraian santai yang kurang terperinci, sila lawati http://capitalism.org/.

Dengan rendah hati saya mendoakan agar Ustaz Zaharudin terbuka hatinya untuk membetulkan pandangan beliau kerana beliau merupakan ahli Majlis Syura PAS Pusat. Jangan pula Majlis Syura PAS Pusat membuat keputusan yang salah kerana dipandu oleh pandangan yang amat jauh dari kebenaran.

Filed under: Malaysia, Personal, , , , ,

Jika Dr Asri Zainal Abidin sudi mendengar

Saya tertarik membaca komen Dr Asri Zainal Abidin mengenai tindakan beberapa ahli PAS yang dikatakan suka memaki orang lain. Saya bersetuju dengan pandangan Dr Asri.

Ya, memang ada ahli PAS yang sedemikian.

Ada juga ahli UMNO yang sedemikian. Ada juga ahli MCA, MIC, Gerakan, United Pasokmomogun Kadazandusun Murut Organisation (UPKO), PKR, DAP, dan lain-lain parti lagi yang juga suka memaki hamun orang.

Tetapi untuk menyalahkan parti atas kerendahan akhlak ahlinya adalah tidak matang. Dr Asri harus sedar hal ini. Dan, setakat yang saya kenal Dr Asri, beliau jauh lebih matang dari itu.

Di England, ada ahli Labour yang suka mencerca ahli Conservatives. Ada ahli Conservatives yang suka mencerca ahli Labour. Kalau ada mana-mana individu yang menyalahkan parti atas buruknya akhlak ahli Labour atau Conservatives, rasanya orang itu layak diketawakan sahaja.

Adakah Islam patut disalahkan apabila ada Muslim merogol kanak-kanak?

Adakah Dr Asri boleh disalahkan jika rakyat Perlis sewaktu beliau menjadi mufti memaki hamun orang lain?

Izinkan saya memetik kata-kata Dr Asri sendiri: “… bila kita nak judge orang, bila kita nak nilai orang, janganlah atas satu isu. Nilailah seseorang daripada keseluruhan kerjayanya…” (lihat video ini, minit ke-empat onwards).

Maka, saya berpesan kepada Dr Asri, bila nak judge sesuatu parti, janganlah judge berdasarkan satu isu sahaja. Nilailah parti itu daripada keseluruhan kerjanya. Baru lah sama apa yang diceramahkan dengan apa yang dilakukan :-)

Filed under: Malaysia, Misc, , , ,

PAS leaders in London

At lunch on Friday, 16 May 08, YB Dr Syed Azman and YB Dato Kamarudin Jaffar – both of whom were in London – asked if I could arrange a meeting with Waytha Moorthy, chairman of Hindraf. A quick phone call later, the meeting was set in West London at 5pm. It was a good, cordial meeting. I don’t think I should disclose the content of the discussion, but I am sure an official announcement will be made in Harakahdaily very soon.

In any case, I asked Waytha a question that has been burning in my mind – since Hindu Rights Action Force is an ethno-religious grouping, is he not taking Malaysia a step backwards? Waytha, in his usual calm manner, provideed an answer that helped me to understand why things are the way they are. I personally would not do it that way, and I told him that. But at least I understand.

Some pics of the meeting:

And then, on Saturday evening, we had dinner at Ibrahimsa’s house. Joining us was the legendary Brother Faruqi, editor of Impact Magazine.

Dato KJ, Faruqi, WSWJ, Syed Azman

Filed under: Malaysia, Politics, , ,

Abandon the “Islamic state”

Malaysiakini’s article is music to my ears. It shows how PAS is beginning to accept that the elusive concept of an “Islamic state” is nearing the end of its shelf-life. It may something worth talking about 10-15 years ago, but now it is no more.

Take this for example. When asked, “What then PAS’s idea of the Islamic state?”, Dr Syed Azman said:

Let’s look beyond that [slogan], you know. The past is the past. PAS is a dynamic party. We’re not trying to portray it [Islamic state] in a narrow perspective. We’re looking in a wide range of issues. There’s no point in debating about an Islamic state on narrow issues.

“We want the people to realise that Islamic state is not just hudud. Islamic state is basically you do away with corruption, we don’t want corrupt leaders, [we want] transparent judiciary, free and fair election; it’s a democratic state.

Indeed, it is time to look beyond the slogan. It is time for PAS to move forward, abandon the quest for an “Islamic state” in its old definition, and focus on creating a liberal democracy.

That is also the call by Abdelwahab El-Affendi in the new second edition of his groundbreaking book, Who Needs an Islamic State? (see www-my-islamic-state.com). The first edition of the book was published in 1991. At that time, the book was considered heretical. But, today, almost two decades later, the ideas first presented in the book is gradually becoming mainstream. When El-Affendi first put his ideas to paper, he was ahead of the game. But now the game is slowly catching up, and Islamists have begun to understand that rather than talking about “Islamic state”, we should strive for a liberal democratic state.

In the new second edition of the book, El-Affendi has added a new chapter analysing what he calls the “Damascus model”. He compared the Damascus model to the Righteous Caliphate model, and concluded that, in fact, both models should be left where they belong – in the past. The ideas he presented in the book are certainly thought-provoking.

Going back to the Malaysiakini article, when asked what he thought about having to run a state level (he was a former MP), Dr Syed Azman said that his candidacy switch from Parliament to state legislature was at PAS’s behest and also due to its strategic planning. He said:

I know that it’s very important, we’re looking not only this election but beyond this election for someone else (younger) to take over the party’s leadership in Terengganu.

He is clearly implying that the Terengganu PAS leadership is thinking about succession, and that he is placing himself (or he is allowing himself to be placed) in a position where he, and others like him, can smoothly take over.

It is about time democrats take over the helm and shape the forward direction of the party.

Oh, by the way, I should also add that when I was doing my A-Levels at Tonbridge School, Dr Syed Azman was the president of HIZBI UK and Eire. He was, in fact, among the early generation who founded HIZBI, although before him there was the JPUK (I never quite know what JPUK stands for. Some say it is short for Jabatan PAS UK, others say Jabatan Pelajar UK). I remember attending meetings which he chaired (I was head of the A-Levels ‘tandzim’ at that time).

Filed under: Malaysia, Politics, , , , ,

Pages

Twitter Updates

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.