Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR)  menyalahgunakan kuasa, SUHAKAM harus dibenarkan untuk menjadi pemantau pilihan raya

Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) menyalahgunakan kuasa, SUHAKAM harus dibenarkan untuk menjadi pemantau pilihan raya

Keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk melarang Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) untuk menjadi pemantau pilihan raya adalah tidak adil.

Menurut Wan Saiful Wan Jan, Timbalan Pengerusi Biro Dasar  dan Strategi PPBM Nasional, “SPR telah menzalimi rakyat Malaysia. Saya memberi sokongan penuh kepada Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) iaitu Razali Ismail kerana beliau berani mengambil keputusan untuk terus berkhidmat sebagai pemantau bebas. Inilah teladan yang semua rakyat harus ikuti”.

“SUHAKAM adalah badan bebas yang diwujudkan melalui Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia 1999. Perbuatan EC untuk melarang SUHAKAM daripada menjalankan tugasnya, tanpa sebab munasabah lagi, menunjukkan bahawa EC tidak akan berkecuali  dalam pilihan raya ini.”

“Keputusan ini lagilah tidak masuk akal sedangkan SUHAKAM telahpun menjadi pemantau bebas pada pilihan raya yang lepas. Adakah mereka tidak mahu badan bebas seperta SUHAKAM memantau kerusi panas pada pilihan raya ini?”

“SPR sudah lama kala memilih kasih dengan Barisan Nasional. Bermula dengan penyusunan semula kerusi Parliamen berikut dengan pembatalan pendaftaran PPBM daripada bertanding pilihan raya. Malah pula, mereka menggunakan taktik kotor seperti melarang kami daripada menggunakan gambar Tun dalam bahan kempen. Jelas Barisan Nasional takut akan kalah kepada Pakatan Harapan”, kata Wan Saiful.

“Bagi saya, yang paling teruk sekali adalah larangan ke atas SUHAKAM. Jangan lupa, apabila terdapat isu dengan dakwat kekal dan isu nama-nama yang hilang dari semakan daftar pemilih pada pilihan raya lepas, rakyat terus melaporkan aduan kepada SUHAKAM. Ini menunjukkan kepercayaan yang mereka ada kepada kesaksamaan SUHAKAM sebagai badan bebas,” kata Wan Saiful.

“Pengerusi SPR Tan Sri Mohd Hashim sepatutnya malu kepada rakyat. Walaupun beliau melapor diri kepada Pejabat Perdana Menteri janganlah sampai menjadi jadi tali barut. Ingatlah yang tugas SPR adalah berkhidmat untuk rakyat bukanlah Perdana Menteri. Apatalah, sebagai seorang Islam, kita wajib jalankan tugas dengan amanah,” kata Wan Saiful.

-TAMAT-