Fakta Mengenai 1MDB

*SIARAN MEDIA*
*Wan Saiful Wan Jan*
*Calon Pakatan Harapan Parlimen Pendang*
*Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PPBM*

Saya amat terkejut apabila menerima link kepada satu video yang dikeluarkan oleh BNTV. Link video tersebut ada disini.

Dalam video ini, UMNO dan BN dibawah pimpinan Najib Razak nampaknya bersungguh-sungguh mahu membela Jho Low.

Kasih sayang Najib terhadap Jho Low amat berbeza dengan layanan yang diberi kepada rakyat. Contohnya di Pendang, para peniaga kecil di pasar Sabtu Pendang diarahkan berpindah tempat perniagaan semata-mata kerana Najib mahu melawat Pendang pada 22 April. Ini menyusahkan para peniaga kecil yang majoriti adalah orang Melayu beragama Islam. Periuk nasi mereka ditutup semata-mata kerana nak pastikan Najib selesa.

Najib dan UMNO seharusnya lebih sayang dan membela nasib rakyat, bukan membela Jho Low. Amat jelas sekali bahawa keutamaan Najib dan UMNO ialah untuk hidup senang lenang dan membela kroni mereka seperti Jho Low. Nasib rakyat biasa seperti di Pendang tidak langsung mereka pedulikan.