WanSaiful.com

Personal thoughts of Wan Saiful Wan Jan

Perlembagaan dan Semangat Perlembagaan

Anda dijemput untuk memohon menghadiri Akademi Merdeka yang akan diadakan pada 5 – 7 Februari 2010 (Jumaat – Ahad) bertemakan “Perlembagaan dan Semangat Perlembagaan: Memahami konsep kedaulatan undang-undang” (The Constitution and Constitutionalism: understanding rule of law)

Akademi Merdeka kali ini akan dipimpin oleh Professor Abdul Aziz Bari, Felo Kanan Institute for Democracy & Economic Affairs (IDEAS) yang merupakan pakar undang-undang daripada Universiti Islam Antarabangsa, berdasarkan modul yang beliau hasilkan khas untuk Akademi ini. Para peserta juga akan berpeluang berinteraksi dengan wakil-wakil pelbagai parti politik kerajaan dan pembangkang.

Lokasi Akademi Merdeka kali ini ialah di Institut Latihan Kehakiman dan Perundangan (ILKAP), Bangi, Selangor.

Topik-topik yang akan dibincangkan secara kritikal termasuklah:
- Demokrasi, keperlembagaan, dan perlembagaan
- Pengasingan kuasa berdasarkan Perlembagaan Malaysia
- Hak asasi manusia dan perlembagaan
- Kedudukan istimewa Islam dan Melayu
- Federalisme dalam Perlembagaan Malaysia
- Mendepani cabaran keperlembagaan

AkademiMerdeka.org menawarkan biasiswa untuk membolehkan seramai mungkin peserta menyertai Akademi Merdeka. Semua yang berminat digalakkan memohon biasiswa yang kami tawarkan untuk membiayai sebahagian atau keseluruhan yuran penyertaan dan kos penginapan. Tetapi kos pengangkutan mungkin akan dibiayai dalam kes-kes tertentu sahaja.

Untuk maklumat lanjut, sila lawati www.AkademiMerdeka.org

Advertisement

Filed under: Freedom & Liberty, Malaysia

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

Gravatar
WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.