Saya tiba di Hanoi pagi tadi, sekitar jam 8.45 pagi. Sepanjang minggu ini saya berada di sini untuk kursus yang dianjurkan oleh British Council Vietnam mengenai keusahawanan sosial.
Selepas tamat sesi petang tadi, sempat juga saya berjalan-jalan sekitar bandaraya Hanoi. Sibuk sekali! Motosikal memenuhi jalan dan nampaknya jalanraya di sini seolah-olah tiada peraturan.
Sekiranya berkesempatan, besok saya akan cuba melawat Museum of Vietnamese Revolution.
Advertisement
Filed under: Personal
Recent Comments