Badut-badut bahalul yang berdemo dan memijak kepala lembu di Shah Alam nampaknya cuba memperbodohkan rakyat. Kononnya mereka tidak tahu bahawa ada orang yang akan membawa kepala lembu ke demo itu.
Kalau benar tidak tahu siapa yang membawa kepala lembu, kenapa kepala lembu itu dipijak dan dihina? Kenapa tidak disuruh pembawa kepala lembu itu pergi ke tempat lain?
Akhlak yang ditunjukkan bukan akhlak Melayu, apatah lagi Muslim.
Memalukan bangsa. Memalukan agama.
Filed under: Malaysia

Recent Comments