WanSaiful.com

Personal thoughts of Wan Saiful Wan Jan

Jika Dr Asri Zainal Abidin sudi mendengar

Saya tertarik membaca komen Dr Asri Zainal Abidin mengenai tindakan beberapa ahli PAS yang dikatakan suka memaki orang lain. Saya bersetuju dengan pandangan Dr Asri.

Ya, memang ada ahli PAS yang sedemikian.

Ada juga ahli UMNO yang sedemikian. Ada juga ahli MCA, MIC, Gerakan, United Pasokmomogun Kadazandusun Murut Organisation (UPKO), PKR, DAP, dan lain-lain parti lagi yang juga suka memaki hamun orang.

Tetapi untuk menyalahkan parti atas kerendahan akhlak ahlinya adalah tidak matang. Dr Asri harus sedar hal ini. Dan, setakat yang saya kenal Dr Asri, beliau jauh lebih matang dari itu.

Di England, ada ahli Labour yang suka mencerca ahli Conservatives. Ada ahli Conservatives yang suka mencerca ahli Labour. Kalau ada mana-mana individu yang menyalahkan parti atas buruknya akhlak ahli Labour atau Conservatives, rasanya orang itu layak diketawakan sahaja.

Adakah Islam patut disalahkan apabila ada Muslim merogol kanak-kanak?

Adakah Dr Asri boleh disalahkan jika rakyat Perlis sewaktu beliau menjadi mufti memaki hamun orang lain?

Izinkan saya memetik kata-kata Dr Asri sendiri: “… bila kita nak judge orang, bila kita nak nilai orang, janganlah atas satu isu. Nilailah seseorang daripada keseluruhan kerjayanya…” (lihat video ini, minit ke-empat onwards).

Maka, saya berpesan kepada Dr Asri, bila nak judge sesuatu parti, janganlah judge berdasarkan satu isu sahaja. Nilailah parti itu daripada keseluruhan kerjanya. Baru lah sama apa yang diceramahkan dengan apa yang dilakukan :-)

Advertisement

Filed under: Malaysia, Misc, , , ,

28 Responses

  1. Mie says:

    Dah memang ahli PAS TELAH DI TANAM diFIKIRAN MEREKA SIFAT MEMAKI Sesiapa tak ikut depa. Keluarga aku dah 25 tahun ikut parti ini

    • ZAM says:

      Ceramah yang sedap didengar, tak semesti tak ada iblis yang menggula gulakannye. Iblis banyak cara. Jangan fikir syok didengar kira betul sume. Tak tentu lagi. Jangan fikir,banyak ilmu agama kamu dipandang lebih oleh Allah dari orang yang kurang ilmu agama. Sebab, sekarang ni, ramai orang yang berilmu senang busuk hati terhadap orang lain. apa yang nak dikejarkan pun tak tahu. Yelah, bila dah terasa berilmu tinggi, rasa memang semua yang dibuat betul, rasa diri di berkati dan diri ini je lah yang betul. Bagi orang yang kurang ilmu, ikhlas mintak tuhan menambahkan keberkatan hidup dan kurang untuk merasa irihati akan kelebihan yang ada pada orang lain. Orang alim begaduh.. apa citenye ni? Apa yang korang kejar sebenarnye ?

    • Ahmad Tajudin Jaafar says:

      Orang lain tak guna agama sebagai dasar dan landasan perjuangan.Justru masyarakat mengharapkan satu standard yang lebih tinggi dari parti islam dari segi akhlak dan budi pekerti kerana apa yang dilakukan olih parti itu,baik yang elok atau hodoh di lihat dari perspective umum, sebagai mencerminkan ugama Islam.Sebab itu saya tak sokong parti ini kerana parti ini hanya bermuka2 tentang Islam.It is only interested in power!All its talk about Islam is just for show,to hoodwick the Malays.

  2. Mie says:

    Mereka guna sentimen org tak ikut parti ini tak ikut ISLAM. Bahaya.

  3. Mie says:

    Kita perlu pemikir islam macam dr ASRI untuk membawa BAHTERA PERUBAHAN

  4. Prof_advc says:

    mengikut matematik x adalah elemen daripada ahli PAS, maka x adalah subset kepada Pas, dimana x ialah ahli pas yang suka maki2, dan bla2…, tapi elemen daripada ahli pas bukan subset kepada x jadi jelas dua benda yang berbeza kerana elemen daripada ahli pas perlu melandasi dasar asas. Jadi terbukti elemen ahli Pas tidak mengajar untuk maki2…
    PMIUPM

  5. muhd says:

    pas ke umno ke same jer… dah namenyer manusia… sifat2 yang kalian sebut ada pada kedua-dua kelompok politik ini. bahkan seluruh umat manusia.
    bukan nak kata aku nie baik sesangat. tapi lu org pikir la sndiri….

  6. azri says:

    “Ada juga ahli UMNO yang sedemikian. Ada juga ahli MCA, MIC, Gerakan, United Pasokmomogun Kadazandusun Murut Organisation (UPKO), PKR, DAP, dan lain-lain parti lagi yang juga suka memaki hamun orang”

    Kalau kita menggunakan hujah “orang lain pun buat benda yang sama” maka perlakuan kita sama buruk dan hodoh dengan mereka. jika orang lain memaki kita itu tidak akan menghalalkan kita untuk memaki mereka.

  7. alhajji says:

    seandainya kita tak mau ibu bapa kita kena maki maka jgn la kita memaki-maki org lain.Insyaallah selamat dunia akhirat.

  8. aku says:

    ko xfhm apa yg dr ingin sampaikan….coba fahamkan…

  9. Abu Muhammad says:

    Erm,..saya tak fikir yang Dr Asri tu salah kan parti pas.. Fikrah yang cuba dibawa ialah fikrah Islam yang tulis, tak terikat kepada mana sentimen di dalam penetuan benar atau salah.

    Sedara sendiri kata ade ahli Pas yang suka maki hamun… Dan benda tu dikatakan secara umum oleh Dr Asri dan bukan bermakna dia salah kan Parti PAS..

    Yang salah tetap salah, yang betul tetap betul.. Mungkin sedara dah dengar ucapan beliau semasa konvensyen sunnah.. InsyaAllah sedar akan faham..

    Wallahu’alam

  10. Abu Muhammad says:

    “Tetapi untuk menyalahkan parti atas kerendahan akhlak ahlinya adalah tidak matang.”

    Saya cukup setuju dengan kenyataan sedara di atas.

    wallahu’alam

  11. RT says:

    Saya rasa, ideanya adalah sebagai ahli PAS, yang menperjuangkan Islam, mereka sepatutnya mempelopori akidah dan tata susila yang mencerminkan orang Islam.

    mempelopori, bukan mengikut kebiadaban orang lain. jika mereka juga memaki hamun, apa Islam pada mereka?. nama sahaja?. macammana orang lain akan tertarik kepada PAS kalau dia serupa orng lain?.

  12. hus says:

    dia bukan nilai parti lah tapi memperbetulkan ahli pas yang berjuang dengan bendera Islam tapi mengunakan pendekatan memaki hamun, para sahabat nabi dulu ada ke yang memaki hamun kaum Quraisy dan para munafiqin?

  13. con skaltsas says:

    Hujah dlm artikel ni sgt lemah, bagaimana mungkin kamu boleh justify sikap memaki org lain hanya kerana parti2 lain pun sama juga suka maki org.

    Bagaimana mungkin kamu boleh mengambil suasana memaki di parlimen England – yg halatujunya bukan Islam – sbg contoh, maka ahli2 sebuah parti yg berslogan “membangun dengan Islam” ini dibenarkan utk memaki hamun.

    Dr Asri tidak akan dipersalahkan kalau ada rakyat perlis yg memaki hamun. Yg dipersalahkan ialah: ada rakyat perlis yg kerjanya memaki hamun. Sepertimana dlm kes ni: Ada ahli PAS yg suka memaki hamun walaupun memegang sepanduk Islam. Kita tak salahkan mufti Kelantan.

    Ibarat, dah pakai serban pegang tasbih, tapi tak zip seluar. Bila ada org tegur supaya tutup, takkan nak bagi alasan, “Eh, org lain pun sama gak tak zip seluar. Ni trend, stylo. semua org sama je..”

  14. Paku Kayu says:

    Assalamualaikum,

    Ya memang betul orang lain pun ada juga maki tapi ahli2 PAS dan pimpinannya sendiri paling banyak maki dan mencarut, padahal membawa wasilah Islam? Akhlak sunnah mana yang dibawa? Sunnah syaitan? Apabila ditegur shj PAS akan tuding ajri pada orang lain, tapi mencari salah aib orang begitu mudah bagi mereka..

    Memang tepat sekali teguran Dr Asri, tak kiralah PAS ke UMNO ke parti lain ke, tapi yang banyak maki orang mmg orang PAS lah. Bukti jelas..bukan ahli bawahan sahaja malah Mursyidul Am yang ditaksubkan itu sendiri mulutnya Masya Allah.. menyakitkan hati..tiada langsung terpnacar akhlak Islam..

  15. Qoim says:

    Salam,
    Rilek..jangan rugikan sesiapa..jgn menghukum sape salah sape betul..masing-masing lontarkan pandangan..banyak otak banyak ragam..
    Sebaiknya tanya terus kepada org yg kita ragukan tu..jgn cepat menilai..
    Kepada ahli & bukan ahli Pas..Islam tak salah, antum yg ‘ter’salah..tak sengaje mungkin..
    Allahu A’lam.

  16. hanafi says:

    Assalamu’alaikum.
    Semua komen adalah berdasarkan sekadar ilmu yang dimiliki masing-masing. Mengajilah lagi. jangan lupa ada lapan perkara mengumpat yang diharuskan bahkan kadang-kala diwajibkan dalam Islam dan pastinya tidak berdosa bahkan akan dapat pahala.

  17. DINST says:

    Salam 1Malaisia,
    Kita melihat ramai ahli & pemimpin PAS memaki2 kerana 100% penonjolan dilakukan oleh media terhadap ahli PAS. nampak macam banyak, cth: org kata kereta proton selalu kemalangan, hakikatnya kereta proton banyak diatas jalan berbanding kereta lain & Proton merujuk kpd semua model berbeza kereta lain dirujuk pada model misalnya.
    Bab dr. Asri ni, dia memang hebat dari banyak aspek dalam Islam tapi sayang sifat riak yg masih ada. Puncak ilmu atau amal seorang muslim adalah IKHLAS ataupun insan kamil. Sifat riak beliau terpancar apabila Dr. Asri mengatakan bahawa beliau tidak perlu mengikut mazahab 4 kerana ilmu beliau tinggi dan lebih dari mazahab yg 4 itu. Klu saya tersalah dengar atau faham minta di betulkan. askm

  18. con skaltsas says:

    Kalau semua org faham bahawa teras kpd Islam ialah kefahaman akidah, tak ada masalah pun nak ikut mazhab syafie ke maliki ke hambali ke atau tak ikut mazhab ke. Mazhab2 ni pun just cover persoalan fikah. Akidahnya tetap sama, sumbernya tetap sama – AlQuran dan Sunnah.

    Yg menjadi masalah di M’sia ialah kefahaman akidah kurang, kemudian sibuk2 didoktrinkan pula kita ni ikut mazhab syafie, tak boleh ikut mazhab lain, kalau ikut lain nanti umat islam jd keliru, jd huru hara, jd pecah belah.

    Kalau pendapat bunyi mcm lain drpd yg didoktrinkan oleh “ustaz”- walaupun pendapat merujuk kpd AlQuran dan Sunnah – nanti dituduh tak ikut ijma ulama, tak ikut ulama muktabar, tak ikut akidah sunnah wal jamaah, pecah belah ni sbb tak buat kenduri tahlil, tak baca qunut habislah kita terjebak dgn ustad wahabi – macam2 statement panik keluar.

  19. ibm says:

    sas

  20. tegur.. says:

    hmm.. cuma nk ulas DINSt sikit je..
    salah ke kalau kita xikut mana2 mazahab? sombong ke kita pada sisi allah kalau x ikut mazahab syafie?? habis saidina umar,ali,utman.. dan ulamak sebelum kelahiran 4 imam besar 2 ada ka masuk neraka?
    bukan riak kalau xikut mana2 mazahab..
    sbb nabi xsuruh pun ikut,malah nabi xpernah pun sebut suruh kita ikut..
    cuma Al-Quran & hadith nabi ja yg wajib kita ikut.
    soal riak,kita xbuleh tuduh,sbb nabi pun xtaw apa yg ada dlm hati manusia… riak @taw itu Allah yg nilai.. apa y penting lihat perubahan apa y Dr Asri nk bawa ok =)

  21. Hafiz says:

    Sekurang2nya ada Ulamak (Dr. Asri) yg menegur PAS. Itu tunjukkan dia sayangkan PAS & Dr. Asri sendiri telah mengeluarkan pendirian peribadinya dgn mengiktiraf PAS perlu terlibat dlm politik kePartian bg mengimbangi dominasi UMNO di Malaysia dalam mencegah kemungkaran seterusnya membentuk Daulah Islamiyah

  22. islamic thinkers says:

    setuju dengan pandangan hafiz…sekian lama kedua parti politik ini berbalah dengan cara yang tidak baik dr asri cuma inginkan kesatuan antara kedua parti ini dalam membentuk daulah Islamiyyah yang mana nasihat menasihati antara satu parti dengan yang lain dan membuang sikap mencari kelemahan parti lain…

  23. nazrie says:

    jd sama je anda yg konon nye memperjuangkan islam dengan parti yg lain..komen dr asri tu berunsurkan nasihat..klu ko blh pikir terima la..apa yg ditegur tu betul..jgn bg alasan..klu semua nk ikut org ramai payah la..klu tu tak de beza akhlak org yg mendokong sunnah dan quran..jgn jadikan ia hanya isi ceramah..pas pendokong sunnah dan quran…??????????

  24. saifil Hadi says:

    memang benar di zaman para sahabat tak timbul soal mazhab kerana zaman itu terlalu hampir dgn zaman Rasulullah S.A.W. Namun begitu zaman munculnya perbazaan mazhab ini adalah zaman yang diiktiraf oleh Junjungan Besar Nabi kita S.A.W. sebab itu tidak ada mazhab imam Nawawi maupun imam Al Ghazali dan lain-lain Imam yang diakui tinggi kefahaman islam mereka dari semua aspek. Lagi pun ianya adalah persoalan ranting dalam masalah feqah. namun jika kita mampu berijtihad dan memahami selok-belok agama (persoalan feqah) setanding dengan imam-imam mazhab ini silakan tapi untuk diri sendiri sahaja bukan untuk di amalkan bagi ikutan orang lain sebab kita ada kemampuan untuk berbuat demikian. Namun adakah kita setaraf dengan Imam Mazhab empat tersebut? Siapa yang mengiltiraf kita? Sedangkan Imam Syafie di Iktiraf oleh gurunya Imam Malik sendiri begitu juga dengan imam-Imam yang lain. Ini sekadar lontaran pendapat sahaja. Jika salah harap perbetulkan.

  25. yusman says:

    inilah nasib kita yg dah jauh dari zaman nabi Muhammad SA w, para sahabat dan ulama2 hebat. Siapakah kita yg setiap hari terdedah kpd maksiat dan makan makanan tak tentu sumber ini, untuk menolak ulama2 terdahulu. Kita harus tahu bhw tingginya ulama2 dahulu tiada bandingan atas nikmat imannya. Adakah kita sanggup mencerca sahabat2 yg jumud sangat2 terhadap Nabi Muhammad dan berlumba2 menurut? imam2 besar ini hampir dgn zaman nabi. Tinggallah kita di zaman ini utk berbalah. Last sekali, hina sangatkah org2 yg menunjuk marah ini, kalau kita dah buta2 kurung dia dlm ISA 2 tahun contohnya? Mmg itu nasib org yg ditindas. Nah, mari kita bandingkan amalan2 org2 ini dgn kita yg kurang amal ini. InsyaAllah kita akan malu. Semoga ahli keluarga kita jauh dari api neraka,

  26. taqiuddin says:

    Salam sdr wan,menjadi kewajiban sesebuah parti atau jemaah menjaga ahli2nya. Cuba buat perbandingan dengan Jemaah Ikhwan Muslimin Mesir,cuba bawa contoh ada atau tidak ahli2nya yang bertindak mencerca atau memak hamun? Beberapa tahun saya ikuti Pas,saya berani katakan yang Pas tidak cukup serius dalam mentarbiah ahli2nya. Belum lagi diceritakan keburukan,kesombongan pimpinan2 yang ada.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

Gravatar
WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.