Saya tertarik membaca komen Dr Asri Zainal Abidin mengenai tindakan beberapa ahli PAS yang dikatakan suka memaki orang lain. Saya bersetuju dengan pandangan Dr Asri.
Ya, memang ada ahli PAS yang sedemikian.
Ada juga ahli UMNO yang sedemikian. Ada juga ahli MCA, MIC, Gerakan, United Pasokmomogun Kadazandusun Murut Organisation (UPKO), PKR, DAP, dan lain-lain parti lagi yang juga suka memaki hamun orang.
Tetapi untuk menyalahkan parti atas kerendahan akhlak ahlinya adalah tidak matang. Dr Asri harus sedar hal ini. Dan, setakat yang saya kenal Dr Asri, beliau jauh lebih matang dari itu.
Di England, ada ahli Labour yang suka mencerca ahli Conservatives. Ada ahli Conservatives yang suka mencerca ahli Labour. Kalau ada mana-mana individu yang menyalahkan parti atas buruknya akhlak ahli Labour atau Conservatives, rasanya orang itu layak diketawakan sahaja.
Adakah Islam patut disalahkan apabila ada Muslim merogol kanak-kanak?
Adakah Dr Asri boleh disalahkan jika rakyat Perlis sewaktu beliau menjadi mufti memaki hamun orang lain?
Izinkan saya memetik kata-kata Dr Asri sendiri: “… bila kita nak judge orang, bila kita nak nilai orang, janganlah atas satu isu. Nilailah seseorang daripada keseluruhan kerjayanya…” (lihat video ini, minit ke-empat onwards).
Maka, saya berpesan kepada Dr Asri, bila nak judge sesuatu parti, janganlah judge berdasarkan satu isu sahaja. Nilailah parti itu daripada keseluruhan kerjanya. Baru lah sama apa yang diceramahkan dengan apa yang dilakukan
Filed under: Malaysia, Misc, Asri Zainal Abidin, Dr Maza, Mufti Perlis, PAS


Recent Comments