22 – 24 AUGUST 2008.
HOTEL RESIDENCE, SELANGOR, MALAYSIA.
Anda mahukan kedaulatan undang-undang? Anda bimbang jika pasaran bebas akan melahirkan ketidakadilan sosial? Pernahkah anda terfikir apa maksud sebenar kebebasan? Adakah anda mahukan negara anda mempunyai institusi-institusi liberal demokratik yang benar-benar kukuh? Jika ya, marilah menyertai siri Akademi Merdeka untuk meneroka persoalan-persoalan ini dengan lebih mendalam.
Kami menjemput warga Malaysia, Singapura, Indonesia dan Brunei untuk meyertai Akademi Merdeka kali pertama yang akan diadakan pada 22 – 24 Ogos 2008 (Jumaat – Ahad) di Hotel Residence, UNITEN, Bangi, Selangor, Malaysia.
Penyertaan dibuka kepada para pelajar universiti, graduan, serta golongan profesional muda. Kami mengalu-alukan mereka yang bersimpati dengan idea-idea liberal klasik dan libertarian, atau mereka yang ingin tahu lebih lanjut.
Klik di sini untuk maklumat lanjut
Filed under: Misc
salam ziarah from Dublin..
Isn’t Islamic principles perfect and practical enough? Why adopt other ways of thinking?
Kalau saudara merasakan demokrasi itu cara berpolitik dan cara memerintah, Libertarian ini pula di adaptasi untuk apa?
Islam itu sudah cukup lengkap. Menggunakan ism dan ideologi ciptaan manusia adalah kezaliman yang jelas.
Ini tidak pula diperkatakan oleh ulama2 PAS yang hebat2 itu ye.