Report published in Harakahdaily .
Pergerakan Islam antarabangsa kagumi kejayaan PAS
Anis Nazri
Wed | Jun 04, 08 | 11:43:57 am MYT
KUALA LUMPUR, 4 Jun (Hrkh) – Kemenangan PAS dalam pilihan raya umum ke-12, 8 Mac lalu mendapat penghargaan, selain berjaya menyuntik semangat baru kepada pejuang Islam di seluruh dunia daripada wakil-wakil gerakan Islam antarabangsa.
Penghargaan tersebut dinyatakan kepada Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, ketika beliau menghadiri Kongres Antarabangsa Gerakan Islam Sedunia, di Istanbul, 29 hingga 30 Mei lalu.
Ustaz Hadi turut diberi penghormatan menjadi tetamu kehormat kongres itu, selain memberikan ucapan di majlis pembukaan kongres yang dianjurkan Parti Saadet, pimpinan bekas Perdana Menteri Turki, Dr Necmettin Erbakan.
Dalam ucapannya, Ustaz Hadi menyeru agar kongres kali ini memastikan ada tindakan susulan untuk melaksanakan resolusi-resolusi yang dicapai, di samping meminta agar keputusan-keputusan yang dibuat haruslah diteliti sepenuhnya dan mestilah praktikal.
Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Parti Saadet dan kepada Profesor Erbakan atas usaha gigih menganjurkan kongres tersebut setiap tahun yang membolehkan para pemimpin gerakan Islam bertemu dan berbincang dengan mendalam mengenai masa depan umat Islam secara global.
Kongres kali ke-17 yang dipengerusikan pimpinan tertinggi Parti Saadet, Recai Kutan, itu bertujuan membincangkan bagaimana untuk membentuk satu ‘world order’ yang berteraskan kesejahteraan.
Kongres kali ini diadakan di Istanbul sempena dengan sambutan 555 tahun penaklukan Istanbul oleh Sultan Al-Fatih, yang turut dihadiri ustaz Hadi pada majlis sambutan ulangtahun tersebut yang diadakan di Sakarya, sebuah bandar berhampiran Istanbul, pada 31 Mei lalu.
Kongres tersebut turut dihadiri pemimpin tertinggi daripada gerakan Islam pelbagai negara termasuk Mesir, Arab Saudi, Bangladesh, Pakistan, Palestin, German, Finland, Kosova dan Montenegro.
Dalam lawatan kerja ini, Ustaz Hadi diiringi oleh Pengarah Pusat Penyelidikan PAS, Dr Dzulkefly Ahmad, dan Ketua Pengarah Malaysia Think Tank London, Wan Saiful Wan Jan. – mks.
Hmm this news makes me proud. Especially to read the last line.
It is inspiring. A limitless sky.
Assalamualaikum Abang Wan,
The final line speaks MAX volume. In fact, the final line summarises the whole story, in its own right.
Take care.
wassalam
Amzari
I just have to say this. The way the article esp the title is worded is so UMNO-media like. I see no difference in the reporting except that in this context it is PAS.
Please PAS supporters, don’t fall into the UMNO style. Just because you won this time does not mean people will like you and forgive you for the little mistakes you do.
Find your own style that will appeal to all Malaysians. A good and wholesome style that will only come when the heart is clean.