WanSaiful.com

Personal thoughts of Wan Saiful Wan Jan

Ulama ana je yang betul lah!


I was in Newcastle yesterday. We had a wonderful conversation over dinner, which prompted me to think of a dialogue as below:

Jamizan: Last week ana nak beli satu buku ni. Tapi ana takut Ustaz kita tegur. So ana pun tak jadi lah beli.

Nizam: Nasib baik anta tak beli. Buku tu memang tak bagus untuk dibaca.

Jamizan: Sebab apa?

Nizam: Banyak pandangan dia terpengaruh dengan idea-idea liberal. Kita jangan baca benda macam tu. Kita kena baca buku-buku yang Ustaz Ustaz kita recommend je.

Jamizan: Power nya Ustaz Ustaz kita…… sampai bahan bacaan pun diorang boleh dictate. Tak berkembang lah pemikiran kita macam tu?

Nizam: Apa-apa hal pun, kita kena pastikan kita hidup berlandaskan Islam.

Jamizan: Ana memang hidup berdasarkan Islam yang ana faham.

Nizam: Itu yang tak boleh tu. Jangan pandai-pandai tafsirkan Islam ikut pandangan sendiri.

Jamizan: Bukan ke Rasulullah kata setiap daripada kita adlaah pemimpin dan kita akan dipertanggungjawabkanatas setiap perkara yang kita buat?

Nizam: Betul. Tapi itu bukan bermaksud kita boleh memandai-mandai.

Jamizan: Ana pulak faham arahan Rasulullah tu sebagai bermaksud kita dipertanggungjawabkan atas setiap perkara yang kita lakukan. Jadi, kita tak boleh serahkan keputusan kepada orang lain sebab akhirnya kita yang akan dipersoalkan, bukan diorang.

Nizam: Anta jangan tafsir sendiri. Kita tak boleh ikut pandangan kita sendiri dalam hal macam ni.

Jamizan: So, kalau ana tak boleh ada pandangan sendiri, Islam macam mana yang ana boleh ikut? Ana kena ikut pandangan anta?

Nizam: Bukan pandangan ana. Tapi kita kena ikut pandangan ulama.

Jamizan: Anta ulama ke?

Nizam: Ana bukan ulama. Tapi ana menyampaikan kepada anta apa yang disepakati oleh ulama.

Jamizan: Dah… anta kata kita kena ikut pandangan ulama. Tapi anta bukan ulama. Jadi, maksudnya ana tak boleh ikut pandangan anta lah kan?

Nizam: Tengok tu….. nak memandai sendiri lah tu. Ni lah masalah Islam Liberal! Semua nak ikut kepala sendiri.

Jamizan: Apa pulak ana ikut pandangan sendiri? Anta yang suruh ana ikut cakap ulama. Tapi dah anta bukan ulama, buat apa ana ikut cakap anta? Rasanya pandangan anta tu yang tak logik.

Nizam: Rasulullah kata, ulama tu pewaris nabi. Jadi, di zaman yang dah tak ada nabi, kita kena ikut cakap pewaris dia lah.

Jamizan: OK lah….. jom kita ambik satu contoh. Kata lah dalam isu X. Apa pandangan ulama tentang X?

Nizam: Dalam hal ni, ulama sepakat mengatakan bahawa kita kena buat macam ni…..

Jamizan: Tapi ana pulak dengar bahawa ada Sheikh sekian sekian kata macam lain!

Nizam: Hah! Tu lah anta. Kalau nak rujuk kepada ulama, kita kena pastikan ulama tu pegangan dia betul.

Jamizan: Macam mana kita nak tahu ulama tu betul atau salah?

Nizam: Ulama ni ada macam-macam jenis. Ada yang boleh percaya. Ada yang tak boleh.

Jamizan: Ulama macam mana kita boleh percaya?

Nizam: Ulama yang bersama-sama kita dalam perjuangan Islam.

Jamizan: Apa maksud anta dengan “perjuangan Islam”?

Nizam: Perjuangan untuk menegakkan syariat Allah di muka bumi dengan cara yang betul.

Jamizan: Tapi Sheikh tu memang bersama kita dalam perjuangan Islam. Dia kan pegang jawatan dalam Majlis Tertinggi?

Nizam: Tu lah…Anta tak tahu…. Dalam perjuangan kita pun tak semua orang adalah ulama yang sebenar. Walaupun dia pegang jawatan tinggi, kita kena berhati-hati dengan apa yang dia kata sebab dulu dia ikut perjuangan lain. Dia baru je join kita.

Jamizan: Apa maksud anta “cara yang betul”? Ada perjuangan Islam yang tak betul ke?

Nizam: Cara yang kita pakai adalah satu-satunya cara yang betul. Itu telah disepakati oleh ulama.

Jamizan: Oh, macam tu. Cara anta adalah satu-satunya cara yang betul. Orang lain semua salah? Walaupun dia dalam perjuangan kita?

Nizam: Ana tak kata macam tu. Tapi orang lain yang tak setuju dengan kita setakat yang ana lihat semuanya tak betul. Kalau dia pegang jawatan dalam Majlis Tertinggi pun, itu belum cukup. Dia kena betul betul ikut manhaj kita yang tulin. Ulama kita sepakat macam tu.

Jamizan: OK….. jadi ulama anta kata cara anta yang paling betul. Faham….. faham….. Sendiri yang device hukum, sendiri yang sokong. Tapi tak pa lah….. Eh, satu lagi, kalau laksana syariat, itu kira dah Islam lah?

Nizam: Ya.

Jamizan: Siapa kata?

Nizam: La…. siapa lagi? Ulama lah yang kata macam tu! Ulama yang menjadi pewaris sebenar para Nabi.

Jamizan: Ulama anta je ke yang pewaris Nabi? Ulama yang anta tak iktiraf waris siapa? Abu Lahab?

Nizam: Anta jangan perli pulak. Ini isu besar. Hanya ulama yang benar sahaja yang kita boleh ikut.

Jamizan: Jadi, siapa ulama anta?

Nizam: Ana rasa tak perlu ana senaraikan nama satu per satu. Cukup lah kalau kita tahu bahawa ulama yang sebenar pasti akan ada dalam saff perjuangan kita.

Jamizan: Ohhh….. baru ana faham. Bukan semua ulama kita boleh ikut. Hanya ulama yang anta dan Ustaz-Ustaz anta “endorse” sahaja yang ana boleh ikut. Dan, kalau ada mana-mana ulama yang tak ikut cara perjuangan anta, maka dia bukan ulama sebenar. asically ana kena ikut cakap anta lah kan? Sebab anta sahaja yang tahu ulama mana halal ulama mana tak halal? Power betul kedudukan anta kan…… asalkan ada orang tak setuju dengan anta, terus anta label ulama tipu. Tapi as soon dia setuju dengan anta, terus dia ulama pewaris nabi. Pendek cerita, hanya ulama anta sahaja ulama yang sebenar.

Filed under: Misc

52 Responses

  1. Maszlee says:

    Two thumbs up!

  2. acabeire says:

    ulama ke ular dalam semak?
    hish ini dialog liberal ni
    bisa menyesatkan orang
    ;-)

  3. Hazri says:

    Many interpretations are acceptable. But not necessarily any interpretation.

  4. Amin Ahmad says:

    4 thumbs up! Dengan ibu jari kaki sekali! :)

    Rasanya untuk mengutarakan pendapat bukanlah masalah sangat..tapi memaksa pendapat yang selalunya bermasalah :) Jika perbezaan pendapat ‘secara aman’ tak membolehkan engagement, ia hanya berpotensi membuahkan diktator baru :)

  5. DaVinci says:

    Tak tau lah, tapi aku rasa meluat dengan dialog diatas, baik yang bertanya atau yang menjawab. Hanya guna otak, tak guna akal. Pandai berhujah, tapi kosong daripada kebenaran.

  6. ABU SAIF says:

    sarcasm antara satu sama lain tidak menyumbang apa-apa manfaat. mencari titik temu lebih besar nilainya, biar pun tidak popular dan menimbulkan loya pada beberapa ketika.

  7. Nik Hazsil says:

    Ustaz Saifulislam. Saya biasanya sokong Ustaz, tapi kali ni terpaksa menyanggah. Maaf. Sarcasm amat perlu, terutama bila berhadapan dengan golongan mendakwa mereka sahaja yang benar kerana mereka sahaja yang berhak menjadi wakil Allah dan Rasul. Perbualan di atas amat biasa berlaku, dan amat banyak “Ustaz Nizam – Ustaz Nizam” terutama di kalangan gerakan pelajar. Wan Saiful sendiri tak boleh berlepas tangan sebab setakat yang saya kenal dia, dia pun terdiri daripada golongan tu dulu dulu (dia yang tamrinkan saya!)

    Agaknya MZuhdi yang tulis “Critique” (http://wansaiful.com/critique/) tu pewaris Nabi lah ye. Siap boleh mewakili “pandangan Islam” secara mutlak lagi.

  8. ABU SAIF says:

    No problem.

    Cuma disebabkan oleh “perbualan di atas amat biasa berlaku, dan amat banyak “Ustaz Nizam- Ustaz Nizam” terutama di kalangan gerakan pelajar”, maka gerakan pelajar semasa penuh dengan masalah.

  9. Amin Ahmad says:

    InsyaAllah, untuk kita yang benar-benar mahu memahami dan mahu meletakkan diri dalam situasi seek first to understand, sarcasm tidaklah jadi masalah sangat, apatah lagi jika kita tahu orang yang sama turut memberi komitmen kepada engagement.

    Jujurnya saya tidak ada masalah dengan sarcasm ustaz, kerana kawan-kawan insyaAllah tahu komitmen saya untuk mencari penyelesaian, dan bukan sekadar suka-suka mahu meninggalkan persoalan dan berlalu suka tanpa tanggungjawab. Saya percaya sdr Wan Saiful bekerja lebih keras untuk hal yang sama… :)

  10. curious says:

    so what’s your point?

    oh right, fikir sendiri.. :)

    jangan diakal-akalkan agama, nanti jadi tidak berakal. :)

  11. ABU SAIF says:

    saya juga tidak ada masalah dengan sarcasm sebagai satu jenis pendekatan.

    tetapi kalau masing-masing antara ustaz tradisional (apa istilah nak pakai entah) dengan pemikir moden (betul ke pun istilah ni) saling memandang satu dengan yang lain dengan pandangan yang berpenyakit, kedua belah pihak tidak akan serve any goodness kepada masyarakat.

    kita memerlukan kepada engagement antara dua disiplin yang berkembang di dua lembah yang berasingan ini untuk saling membawa nilai kontemporari kepada tradisonalisma islam, dan mengekalkan perkembangan idea modernisma terbina pada akar umbi islam dan nilai-nilainya.

    kalau masing-masing asyik pangkah antara satu sama lain, ana say good bye je pada kedua-duanya.

  12. ayahanas says:

    Salam,

    Saya tak tahu untuk nak beri thumbs up atau sebaliknya. Lebih merupakan satu scenario yang nampaknya penulis sendiri tak buat kesimpulan akhir. Walaupun nampaknya ia lebih menjurus kepada dialog akhir yang disampaikan Jamizan. Apa untungnya saya beri thumbs up sekiranya ia tak membuahkan hasil yang memberi manfaat. Begitu juga ia amat merugikan jika tidak sampai untuk melihat kepada permasalahan kalangan Islamic workers untuk bekerja secara lebih jitu.

    Senario seumpama ini memang tak terdapat pembacaan melalui buku mahupun pendapat para ustaz-ustaz. Lebih menjurus kepada pembacaan yang terhasil dari olahan sikap individu untuk mengambil manfaat serta sikap tasub yang membawa kepada taqlid juling.

    Mengambil sikap hanya untuk melihat kepada satu pendapat akan membawa kepada pandangan tanpa dimensi yang kita tak tahu ketepatan objek yang ingin dilihat. Dalam pada itu, sikap orang yang dikatakan ‘bijak’ dengan tidak membawa pandangan secara budiman serta mengambil bahagian untuk pembaikan pula adalah suatu yang merugikan.

    Masalah ini sebenarnya buka sesuatu yang baru. Ia berlaku sejak sekian lama dahulu. Ia berlaku hari ini. Ia mungkin akan berlaku lagi esok, bulan depan serta tahun-tahun yang akan datang. Begitu juga ia berlaku tanpa sempadan. Paling menyedihkan ia berlegar dikalangan pendukung-pendukung Islam. Perkara yang berbaki hanyalah apa yang perlu kita buat? Teruskan dengan apa yang ada dengan kita sendiri yang tahu hal ini dengan apa yang ada di tangan kita…???!!

  13. Nik Hazsil says:

    Abu Saif mencadangkan agar Abg Wan mencari titik pertemuan. Berdasarkan pengalaman ana sejurus selepas Abg Wan “ditendang” keluar oleh Al-Fadhilah Sheikh-ul Islam Ustaz Nizam – Ustaz Nizam di UK, terus ada arahan agar dia tidak dijemput ceramah atau ke mana-mana program. Itu dah beberapa tahun dah tapi masih tak selesai. Baru 3-4 minggu lepas di Cardiff, dan 2 minggu lepas di Sheffield pun masih ada yang “melarang” orang daripada mendengar pembentangan Abg Wan. Jumaat lepas di Newcastle pun ada suara-suara sumbang. Di Dublin hari tu pun ada yang sound ana tapi ana buat tak layan je.

    Curious, ini bukan masalah banyak berfikir. Ini isu ada sekumpulan orang yang berkuasa MENGHALANG orang lain daripada berfikir.

    Ayahanas, cuba Ayahanas bayangkan satu senario. Ada dua tiga orang yang berkuasa dalam satu kawasan menendang, menghina dan menuduh sesat kepada orang lain. Adakah adil kalau kita berterusan mengharapkan agar orang yang ditendang, dihina dan dituduh sesat pergi mengadap menium kaki daripada mereka yang bermuka dua, semata mata sebab pemuka-pemuka ni sedang berkuasa?

    Kenapa beban untuk mencari titik pertemuan diletakkan kepada seorang individu sahaja? Graduan UIA, Al-Azhar dan Al-Maktoum yang berdegar-degar menuduh orang lain salah, diorang je yang betul, semua maksum ke? Bukan ke mereka ni yang mula-mula buat pakatan untuk menendang keluar segala Jamizan daripada gerakan? Kenapa pula Jamizan yang menanggung beban?

    (Maaf Abg Wan. Sakit hati jugak bila baca komen daripada orang yang ignore sejarah).

  14. ABU SAIF says:

    Petua nak berdepan dengan rasukan jin ialah, pertamanya mengelakkan diri daripada memiliki perasaan bahawa jin itu sangat misteri, gagah lagi menggerunkan. Persepsi kita terhadap jin itu, menyumbang kekuatan kepadanya untuk menguasai kita.

    Jika kita terus menganggap ‘Ustaz Nizam’ itu powerful, tendangannya menunggingkan mangsa, larangannya menjadi pagar yang tiada pintu malah ada kuasa untuk merasuk manusia hingga terlarang dari berfikir, maka kitalah yang memilih untuk lemah dan terbeban dengan kelakuannya.

    Jinnati wan-Naas… persepsi anda yang memberi perasuk itu kuasa.

    Lantas sejarah dianggap telah diabaikan.

    “He’s sick, he is old. We should go beyond him”, komen DSAI terhadap Tun M. Why don’t great people hold the same idea and move on laaa!

  15. Amin Ahmad says:

    Rasanya kita tak perlu panjangkan perselingkuhan ni. Tulisan sdr Wan Saiful saya akui pedih untuk diterima mereka yang masih kekal bergerak dalam struktur jemaah. Dan saya sendiri sebagai orang yg di luar struktur jenis ini juga pernah berdepan persoalan yang sama.

    Ya, kita harus maju terus. Tapi itu tidak bermakna sesuatu untuk ini tidak perlu dibuat. Sebab itu dalam entry Transisi yang saya post di blog saya cuba menghimbau pengalaman Revolusi Iran – bagaimana Khomeini membunuh kebebasan selepas atas nama melawan penindasan dia diangkat menjadi pemimpin di Iran. Dan kesombongan sama diwarisi ramai ‘pendokong Syiah Khomeini’ di mana-mana.

    4 thumbs up – utk ibu jari tangan mengatakan isu ini penting, dan utk ibu jari kaki sebagai rasa terkejut dengan entry ini :)

  16. Thumb-elina says:

    “Why don’t great people hold the same idea and move on laaa!”

    Ya. Jom kita bagitahu kepada Ustaz-Ustaz, Sheikh-Sheikh, dan Ayatollah-Ayatollah. Tengok sejauh mana diorang boleh move on. So far, ana asyik dengar teguran dan larangan daripada diorang ni je. Sampai ana belek buku di Scotland hari tu pun terus mendapat “nasihat sahabat”. Siapa yang tersangkut dan belum move on?

    Kalau dah move on, sepatutnya tak ada orang terasa dengan dialog Ustaz Nizam-Jamizan.

  17. wansaiful says:

    Dey….. Enche’ – Enche’ sekalian. Ni apa gaduh-gaduh ni?

    Nik Hazsil, apasal hyper-active sangat? Ada ADHD ke? Yang jauh sangat pergi sampai Cardiff, Newcastle, Scotland, semua ni, buat apa?

    And, I noticed that the IP address for Thumb-elina and Nik Haszil are the same. I am therefore assuming both are not your proper name? (Saya bersimpati sekiranya nama sebenar anda memang Thumb-elina!).

    Dah le tu…..

    If you allow me to have a say… I was making a general point, not specific. I would say that the problem still exists among many Islamists. To ignore it would mean turning a blind eye to a real problem that needs to be addressed head-on. Left-leaning ideas flourish in many Islamic movements partly because of this tendency to “grandeurise” certain people. Communism, socialism, fascism, and many other authoritarian ideologies are based on the notion that some people know better than others and therefore those “selected few” should hold power and influence.

    Oh, by the way, bila pulak Nizam jadi Ustaz?

  18. wansaiful says:

    Amin, is “perselingkuhan” a new word?

  19. ayahanas says:

    Wahai Enche’ Nik Hazsil!

    Kalu tak bayangkan senario pun rasanya ayahanas dah tahu senario sabenar. Itu kalu dlm skop yg lebih kechil.

    Sbb tu ayahanas katakan ia semacam on going problem yang tiada kesudahannya.Sampai bila?! Baik bumi Benazir ker, bumi raja Husein ker sampai dah mati pun kedua2 orang nih asyik2 benda yang sama. Bukan begitu Abu Saif? :)

    Bukan nak buta sejarah. Tapinya biarlah sejarah tu jadi cermin untuk kita bergerak kehadapan. Jangan bikin kalut. Kan Enche’ Wan kata jangan bikin gado-gado!

    Yang Enche’ Wan highlightkan satu penyakit pasal yang dah tutup pintu hati untuk satu bab. Nampaknya ada penyakit lainlah pula Enche’ Wan! Ker bagaimana….?

  20. ABU SAIF says:

    Itu suatu sindrom sheikh.

    Bahawa yang ganyut-ganyut macam kita ni boleh melontarkan isu dengan baik. Tetapi yang gayut-gayut di keliling kita ni, lazim berlebih-lebihan hingga tidak sabar dengan general point lantas cepat pergi kepada personalization.

    Lebih sudu dari kuah, kata pepatah Melayu kita.

  21. Amin Ahmad says:

    Perselingkuhan tu nak kata bahasa baru tak juga. Tapi dah jadi kosa kata untuk hal-hal perbezaan pendapat dan ia buat saya rasa bahasa Melayu sungguh menarik :)

    Bro Wan, buku boleh booking ke? Book 1 ya, nanti saya bayar. Maklum student takde kad kredit :)

  22. 'Ariff Fahmi says:

    Jazakallah for the article.

    I believe (and I hope) that the “climate” is changing.
    Maybe time will take it course.

    seeru ‘ala barakatillah

  23. sangkuriang says:

    Wan Saiful dah berubah..?? wah hebat sampai ditendang daripada program dan digam ..macam ingat je apa yang berlaku pada kami dulu..tapi tu Wan Saiful yang buat..wahhahaha..Allah Maha Adil.

    mengenai isu pelbagai pendapat ini, biasalah dikalangan ulamak Islam banyak pendapat, ada yang berakhlak dan ada yang tidak sampaikan mengkafirkan ulamak yang lain..kepelbagaian pendapat ini adalah rahmat Tuhan kepada hambaNya. Terimalah dengan hati terbuka..jangan asyik nak bang orang je…cukuplah dengan jemaah tu..go beyond institutionalised jemaah barulah kita matang.

    wallahua’lam

  24. Abi Muslih says:

    kawan2, soal institutionalised jamaah tu isu berbeza. Konsep yg dibawa oleh al-Banna-Ikhwan tu ada baik buruknya. ada yg dalam institusi jamaah tapi pemikiran terbuka. tak kurang juga yang diluar struktur jamaah tapi kolot dan sempit. mungkin yg tafsirkan struktur jamaah tu sempit dan mengongkong terdedah dgn situasi begitu di tempat nya. lantas pengalaman pedih tu dipalit ke semua sektor jamaah.

    isu di atas lebih menjurus keterbukaan menerima pandapat dan pemikiran. saya setuju sangat pemikiran yg sempit dan terkongkong di kalangan pendokong Islam dirungkai. Namun proses perungkaian perlu cermat dan berhemah.

  25. zacharias says:

    Biasa la, budak2 belum matang lagi. Kita budak2 dulu pun macam tu juga. Still remember kata-kata Abg Wan: With time comes maturity, with maturity comes tolerance..

    Apa pun, bily nnyd dydd buat perkara ‘pelik’ dia dulu, abg wan pun rasa heran. Sekarang, bila abg wan jadi ‘pelik’ orang lain pula heran. Adat la tu. Nanti sampai masa, yang hairan pula menjadi subjek kehairanan orang lain…

  26. budak skema says:

    mencari kesalahan adalah lebih mudah daripada mencari solusi, dan dengan berlaku sarcastic tidak sama sekali akan menyelesaikan masalah, malahan menambahkan lagi punca masalah yg telah sedia bermasalah.

    setuju dengan point abu muslih, proses perungkaian masalah perlulah cermat dan berhemah.

    ana teringat satu case study daripada seorang teman.

    fakta 1: ramai budak2 belajar di uk ikut usrah.
    fakta 2: ramai graduan uk ke malaysia dah tak ikut usrah.

    kesimpulan: ramai budak2 belajar di uk ikut usrah tp bila balik ke malaysia semua dah tak ikut.

    solusi: boikot usrah. usrah jumud. usrah tidak lagi relevan. pemikiran ahli terkongkong. taksub pada jemaah dan ustaz. jom keluar usrah dan kita ikut tink-tank london.

    wallahua’lam

  27. ex-Hiz**-UK says:

    haa itulah…typical budak2 Hiz** ni…masa kat UK bukan main, cakap bedegar2, rasa dah pandai dah belaka, takperlu tarbiyyah, semua orang lain tak betul, aku je yang betul….bila balik Malysia kena ujian kerja ke, anak bini ke etc, semua sejuk kecut, asyik salahkan orang…semua orang lain salah, kecuali aku

  28. local-malay-sian says:

    Empat perkara yang akan ditanya kepada kita di Padang Mahsyar:
    1- umur kita, bagaimana digunakan?
    2- masa muda kita, kemana perginya?
    3- harta kita, bagaimana diperolehi dan kemana dibelanjakan?
    4- ilmu yang kita ada, adakah kita beramal dengannya?

    kalau sentiasa ‘think’ sahaja tak cukup, kalau asyik ‘tank’ sahaja lama-lama pun pun mandul. At the end of the day, yang dikira ialah ‘apa yang diamalkan’ bukan ‘apa-apa yang di dalam kepala, atau ‘apa-apa yang diangan-angankan’.

  29. Amin Ahmad says:

    Bila Quran mengajak umat berfikir, maka kita perlu berfikir. Apa yang diamalkan tak harus terpisah dengan bagaimana mengamalkan. Persoalan apa dan bagaimana masih menuntut peran pemikiran.

  30. Wan Saiful says:

    Imagine you are running a shop. Gradually, you realise that your customers are deserting you. They go to a different shop because the products at your shop are no longer attractive to them.

    What would you do?

    First, provided that you are not stupid, you have to think. Thinking will produce ideas, leading to solutions.

    Then, and only then, comes the action:

    If you are a communist or socialist, you will say that only your product is the best and therefore anyone who refuses to buy from you are all wrong. You then utilise whatever power you have to force people to buy from you. One of the easier options is to quote from kitab this and kitab that, to emotionally coerce people into buying from you.

    If you a free-marketeer, you find ways to compete, offer new products or new forms of products, and create new customer loyalty. You don’t have to coerce. You find alternatives, do your of istikharah, and prove to the people that it is the best solution.

    Or, if you are just simply a brainless idiot, you keep on selling the same stuff, and you pray that people will be istiqamah in buying from you. And you curse anyone who disagree with you.

    People buy from the communist / socialist not out of conviction, but due to coercion.

    People buy from the free-marketeer because the product is the best available.

    But the idiots will become syok sendiri and will eventually be forgotten.

    Of course, if you are a cow munching the grass at UiTM, you act without thinking, and mooo every now and then, ensuring people know that you really are a cow everytime you say something.

  31. budak skema says:

    salam.. bro wan saiful, i agree with you on the point we should always think back (muhasabah), make a reform with our shop on the products, the marketing, managements, and etc, even to the extent that we should learn from our rival shop (if they are more successful than us.

    but nowadays it seems that both shop are no longer attractive (in terms of quality of product, marketing, manangement etc), and they are more interested in fighting between each other and forgot to tackle the customer. this is what we call arrogant-stupid-bastard (bodoh-sombong).

    Most of the budak2 usrah, regardless wherever they are be it uk, us, aussie, nz, etc, are of this kind. The recipe is quite simple, they are

    1) Ignorant (bodoh)
    2) Arrogant (sombong)
    3) Obsess (taksub)
    4) Green (tak berpengalamanan)
    5) And of course, high spirited (bersemangat waja)

    So this will come the equation of:

    Budak usrah = bodoh + sombong + taksub + takde pengalaman + bersemangat waja = fanatic extremist!

    And most of them (nearly 90%, as what my friend told me in his research) collapsed to the earth when they return back to malaysia. They already forgotten all the fiery experiences during their usrah time, as if it never happened at all.

    So where does the REAL problem lies?

    The Budak-budak?

    Or the usrah itself?

    I don’t think the budak is the problem. Even usrah of hamas, ikhwan muslimin, MAB are run by budak-budak, but it is quite rare to see a generations of futur people.. (yes there are still futur among them, but at a very minimal number, unlike in malaysia where almost 90% are futurs)

    So if the usrah is the main problem, then i think we all should join think tank london.

    Or should we revamp and reform the usrah, so it will create better products, with the quality of those hamas, ikhwan and MAB. (but please be reminded that you may pay a high price by doing so, like exclusion from jemaah and etc)

    Wallahua’lam

  32. Wan Saiful says:

    The problem is in the system. Not the usrah. And definitely not the people.

    Usrah should go ahead. The people who are interested in usrah should continue with it.

    But the central-planners who feel that they are the only right ones who are running the system need to be changed.

    The jahiliyah fanatical concept of “ulama ana je yang betul lah”, which is very similar to menjadikan individu-individu tertentu sebagai rahib-rahib ma’sum yang dipuja just because they are good tukang urut (see: http://wansaiful.com/2007/02/25/the-tukang-urut-amongs-us/) , needs to change.

  33. Maszlee says:

    Salaam,

    I would suggest that this is the new dawn for the third generation Islamist in Malaysia. The respected elders had done their part sucessfully, now the ball is in the new blood’s court.

    Without blaming any system, jamaah or tanzem, I believe the variety of colours in ‘Amal Islamiyy will always contribute something great for Islam and ummah.

    Way to go brothers!

    Maszlee
    (for further reading about the 3rd generation Islamist, please peruse the writings of Dr A Wahab el-Messiri)

  34. budak skema says:

    Salam

    alhamdulillah..

    I agree with the points from both ustaz mazlee and bro wan saiful.

    i hope there will more people out there (both in usrah and outside usrah) who will have the same paradigm like this.

    we should consider all people who enjoy the call of dakwah as “ikhwah”… “verily, all believers are brothers”

    as i see it, we as the young generation of dakwah, should increase the communication and cooperation with each other regardless our jemaah, and with communication will come understanding, with understanding will come love, and with love will come unity.

    Ya Allah, ikatlah hati-hati hamba-Mu ini pada tali-tali-Mu.. marilah kita sama-sama berpegang pada tali-tali ALLAH!

    amin..

  35. Amin says:

    Assalamu’alaikum
    Wan, cuba enta kaji trend respondent posting enta ni.
    Orang2 Melayu ni memang lebih tertarik dgn polemik dan isu yg merangsang adrenalin. Posting enta ttg isu2 yg lebih memerlukan pemikiran dan analisa tidak mendapat sambutan.
    Jadi, fikirkanlah mana yg enta nak dari pembaca2 Melayu ni. Kita bebas menyuarakan pandangan. Dan ingatlah lidah2 kita akan dipersoalkan kelak di akhirat kelak. With freedom comes accountability.
    Tulislah posting2 yg lebih membina iman dan minda. Menjabat ukhuwwah dan kerjasama.

  36. zacharias says:

    Blame usrah for jumud, blame this and that. and every respondents now want to join malaysian tink tank london..

    ..well, I see that the respondents are just as jumud as in other ‘usrah’. Like wswj said, it is not about usrah etc. It’s about opening your mind. Malaysian tink tank will too become one lousy ‘usrah group’ if people just accept wswj’s ideas without challenging

  37. erm_alahai says:

    Hmmm…gaduh-gaduh..hahaha.. orang lain kat belakang tu tepuk tangan.

    Siapa-siapa lagi nak join gaduh mari tambahkan lagi komen anda.

    I feel ashamed.. tengok abang-abang yang daku pernah peluk dan makan bersama ni gaduh. Dah hilang respek, sori. ( I know u will then say, u dont need my respect. But believe me..it is not only me)

    Selamat bergaduh (which u will then change it to “bertukar pendapat”). Semoga bahagia dan dapat apa yang dicari.

    Wassalam

  38. Amin Ahmad says:

    Orang kita di Malaysia dan di UK (?) memang tidak pernah belajar berbeza pendapat ke? Aduh..patutla kita lebih menyeru uniformity dari unity!

  39. wansaiful says:

    Amin Ahmad – Jangan generalise kepada semua “orang kita”. Zacharias, for example, is leading by example by not swallowing everything that is shoved in his face (by me in this case). You too, I am sure. And, you have to understand that the people who are arguing against what I have said come from more or less the same background – ie: the model of tarbiyah based on unquestiong loyalty to selected holy-men. They are not “everyone”.

  40. wansaiful says:

    But I do like what Ustaz Maszlee said: “the variety of colours in ‘Amal Islamiyy will always contribute something great for Islam and ummah.”

    It is debates like this, which, at times, are heated, that produce questions and ideas. I don’t mind heated discussions. I quite enjoy them, actually.

    So what if we have different ideas. I say you are wrong. You say I am wrong. I say I am right. You say you are right. That’s the beauty of having our own minds – we can make our own decisions. After the “perselingkuhan” (quoting Amin Ahmad’s new word), let’s have tea. Differences do not necessarily mean enmity.

  41. Amin Ahmad says:

    Of course it’s not my intention to generalize bro :) keep up your writing on good issues to think and let us find ways to re-positioning if it is necessary.

  42. tidak skema says:

    Komen respon kepada saudara Amin (bukan Amin Ahmad).

    Saudara kata “With freedom comes accountability”. Sikap saudara sebenarnya amat mirip kepada UMNO yang menghalang kebebasan bersuara. Saudara seolah-olah mahu menggunakan bahasa agama untuk menyekat kebebasan. Mungkinkah ini sikap sebenar pendokong PAS? Hanya menyokong kebebasan bersuara sekiranya sekiranya kebebasan tersebut membolehkan mereka mengutuk dan mengkritik kerajaan? Tetapi terus menggunakan sentimen agama apabila kritikan itu ditalakan kepada mereka!

    Kalau saya dalam PAS, apakah mungkin saya juga akan “diikat” dengan ayat itu dan hadis ini, atas alasan bahawa saya tidak boleh menyuarakan pandangan yang kritis terhadap parti itu ?

    Ugutan-ugutan emosional seperti “ingatlah lidah2 kita akan dipersoalkan kelak di akhirat kelak. With freedom comes accountability. Tulislah posting2 yg lebih membina iman dan minda. Menjabat ukhuwwah dan kerjasama.” memang biasa digunapakai oleh aktivis PAS, terutamanya di kampus.

    Kalau tak ikut jamaah mereka, maka masih tidak Islam sepenuhnya!

    Kalau mengkritik mereka, maka sang pengkritik tidak bertanggungjawab!

    Kalau mendedahkan kelemahan mereka, maka itu merosakkan jamaah dan bukan akhlak Islam!

    Kadang kala saya merasakan bahawa aktivis PAS lebih buruk daripada UMNO. UMNO menggunakan ISA dan OSA untuk menyekat kebebasan bersuara. Kita boleh lawan kerana mereka tidak mengaitkan dengan agama. Tetapi aktivis PAS menyalahgunakan ayat-ayat Allah untuk menghalang orang mengkritik dan mendedahkan kelemahan mereka. Sesiapa melawan, pasti dilabel perosak agama.

  43. bukankomunis says:

    Ada seorang muslimah matsaleh baru. Dia ingin baca buku tentang Islam lalu dijumpainya buku tentang Islam oleh Dr Amina Wadud. Kita ingin menyuruh dia membaca buku How to Perform Prayer, Five Pillars of Islam dan berkenaan perkara-perkara asas dalam Islam.. Lalu dia bertanya, mengapa tidak..? dia juga scholar wanita.. graduan Universiti al-Azhar..?

  44. zacharias says:

    Kepada Tidak Skema, jika ayat “With freedom comes accountability” memberi persepsi yang anda katakan tadi, nyata fikiran anda sangat tertutup. Terimalah kata-kata sahabat amin tadi sebagai tazkirah untuk kita berhati-hati, bukan sebagai larangan.

    Seperti hadis ‘jika kamu tak malu, buatlah yang kamu suka’, banyak yang boleh ditafsirkan dari ayat tersebut. Mari berfikir positif. Saya percaya, semua penulis di sini berfikir positif dan berterima kasih atas peringatan saudara amin.

    Sekali lagi saya katakan, saya sudah mula nampak tanda-tanda forum ‘malaysia tink tank london’ ini menjadi jumud, disebabkan reaksi sesetengah pihak yang penuh emosi dan persepsi negatif.

    Saya percaya, saya dgn wswj sendiri banyak pendapat yang sama dan berbeza (contoh: dia tory, saya labour). Tapi perkara tersebut tak pernah menghalang ‘persahabatan’ saya dengan beliau.

  45. budak skema says:

    salam

    a big clap to wswj, ust mazlee, dan tidak skema for opening your mind… congrats brothers.. :)

    mr zacharias and mr amin ahmad please learn from them..

    bro zacharias and bro amin,
    most of the people in pas are already moving on with the new ‘tsunami phenomenon’ in malaysia, and i pity those who are still unable to open their mind and accepting others.

    people are moving foward with the current, and if you are still stagnant, you will be left behind.

  46. Amin Ahmad says:

    thanks for your reminder.. :) most of the people in PAS? hopefully it’s a true fact..not only in PAS, but I wish for most Malaysian.

  47. blessbun says:

    ” With time comes maturity, with maturity comes tolerance..”

    Alhamdulillah,I love this.I was earlier tertanya-tanya bagaimana agaknya
    perbezaan pendapat (dibaca : jemaah ) membolehkan kerja sama-sama( note : bukan kerjasama) untuk Islam.that was during my ealier time joining usrah.but I did believe strongly that Islam comes with rahmah.and with that I never stop praying that Allah will show me one.alhamdulillah it took me 2 years after UNDERSTANDING ISLAM from the usrah when I finally found the ‘ matuarity ‘ that I seek.

    mahasiswa mahasiswi di kampus punya byk channel yg ‘ dibazirkan ‘ utk membina ‘ maturity ‘.ckp mmg senang.berlapang dada.that is idea that we THINK.but practicality needs trials.if we never try to unite,we can never find the unity and sad to say,jadi ayat quran yg kita baca dan tadabbur je.ade gak yg suka quote je.tapi berlapang dada jadi ayat utk united kan org jemaah seniri je.wAllahu a’lam.

    I would say that,USRAH tak bersalah.malah sgt berbakti.but for me,budak-budak usrah regardless of what stream they follow perlu keluar drpd kepompong group masing-masing.jumpa ngan budak usrah lain,and think of something untuk CONTRIBUTE to the community through the clubs etc that we have to introduce Islam generally esp yg tak berjaya diusrahkan.and I can say that,untuk dah berkerjaya sgt banyak plan pembangunan masyarakat dapat dibuat as the ‘ result ‘ of the Islam u have understood from your different usrah dgn manfaatkan persamaan because the approach from different jemaah might be different,but pada hakikatnya itu lah Islam yg satu.ikut-situ ikut-sini pun last-last ‘macam’ sama je.sbb memang sama pun!

    alhamdulillah.dah balik malaysia.kalau betul statistik 90% budak usrah balik malaysia kecut beku.alhamdulillah Allah jaga saya lagi dalam kelompok 10%.tolong doakan saya.really need!

    mungkin teguran tak seberapa sikit drpd saya yang daif ni utk yg ‘ bersemangat waja ‘ agar lebih meneliti kekurangan diri seniri.kalau dah percaya dgn kepercayaan itu,buatlah dgn sungguh2,tapi hormati org yg tak berjaya ‘disaiko’.bukankah mendoakan itu lebih mulia,kalau kita ikhlas mahukan kebaikan utk sahabat kita?atau kita sebenarnya mahukan kebaikan untuk jemaah kita?kalau sibuk dgn aib kekurangan diri,manakan ade masa nak meneliti aib org kan…?sebelum blame ppl for not doing this and this,tanye balik kot pada diri,’ what have I done..have I contributed? ‘.atau kita lebih byk contribute dalam mengkriktik je tapi tiada resolusi.

    sedikit mungkin pengalaman saya ‘ bekerja sama-sama ‘.I really feel blessed with the diversity in approaches,because ada juga rupanya yg tidak saya fahami dalam usrah,atau belum lagi mungkin.I basically can claim myself a product of different jemaah because I really appreciate the sharing from my fellow sahabat tak sejemaah.and what can I say here,’ allowing ‘ ourselves to only follow one way of thinking( read : stream/jamaah ) will only ‘ allow ‘ ourselves untuk buntu tak nampak jln.dah mengalah dgn keadaan.patutnya main ngan keadaan,insyaAllah.tak dpt ikut-atas,ikut-bawah.ikut memana lah asalkan cara Islamik.kene sekat buat cara lain.tak payah bising-bising sbbkan org atas sekat itu sekat ini.

    suka juga saya ingatkan diri,satu jemaah pun tak jamin satu kepala.wAllahu a’lam

    ayat favourite saya :
    ‘ siapa yg bertakwa Allah tunjukkan jalan keluar ‘

    takut Allah.takut Allah.takut Allah.ittaqullah….

    kalau nak seribu doa.tak hendak tak payah doa.di mana ada kemahuan di situ ada doa.

    maaf terpanjang pula.mohon dibetulkan silap dan salah.jazakumullah khayra

    ku bukan paling betul

  48. Aisya says:

    Suka ayat “Kalau nak seribu doa, kalau taknak tapayah doa,”
    and “Dimana ada kemahuan, disitu ada doa,”

    Anyway, sbb tulah perlu banyak berkumpul dengan para cendekiawan. Lagi banyak bertemu, lagi nampak yang ‘cendekiawan’. [tombo ati]

    Takleh la nak stick to only one figure.
    Takut2 jadi ‘abuya’ pula. [figuritas]

    Niat hati pun kena jaga. Nak cari ilmu tu kerana apa?
    Jangan2 point riak ujub takbur pulak yg dirasa. [niat]

    Wallah a’lam.

  49. saudagar says:

    macam mana nak kenal ulama’..kita banyak buat dosa. Cara nak kenal ulamak-taubat banyak-menangis hadapan Allah Yang Maha mengetahui-pohonlah padanya

  50. elo says:

    xtau la dialog ni sengaja dia ada adakan untuk mengeliru umat islam..
    apa yg pasti yg bertanya atau yang menjawab kurang mengtahui hal2 hal agama.. xada dalil langsung drg sebutkan.

    SCAM!

  51. con skaltsas says:

    Dialog yg menarik.

    Sebab tu sistem khilafah sangat penting:-
    1. Satukan umat Islam yg berbagai latar belakang di bawah satu akidah – satu matlamat.
    2. Meraikan perbezaan pendapat selagi tidak bercanggah dgn prinsip dlm AlQuran dan Sunnah.

    Selagi takde sistem khilafah, selagi itu umat Islam berpecah2 kerana perbezaan pendapat. Takde satu entity yg menyatukan. Islam Malaysia lain, Islam indon lain, Islam Arab Saudi lain…

  52. Muhammad says:

    amat menarik perbincangan ni, dan isu sebegini adalah isu yang sebenarnya amat hidup dan reality sekarang. Nampaknya tubuh ummat sedang hidup untuk mencari satu keseimbangan yang praktikal dalam masalah jama’ah. Ini satu petanda islamic movement sedang benar2 bergerak ke satu abad baru yang mungkin memerlukan satu muslih kurun ini yang memperbaiki sikit fiqh ‘amal albanna tradisional yang telah memainkan peranannya dikurun lepas.

    bagi saya, 20 fingers up untuk semua…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.