Perdagangan bukan perkara asing bagi rakyat Malaysia. Para petani dan penoreh getah di kampung-kampung semuanya menjual hasil titik peluh mereka. Tidak sedikit juga yang membuka kedai makan atau kedai runcit di merata-rata tempat. Ada juga yang menjalankan perniagaan yang lebih besar seperti membuka pasaraya, atau mengurus korporat multinasional.
Bagi umat Islam, perdagangan bukan perkara asing. Rasulullah (saw) dan Saidatina Khadijah (r.a) merupakan ahli perdagangan yang berjaya. Rasulullah s.a.w dikatakan pernah menyebut bahawa “sembilan per sepuluh punca rezeki adalah daripada perniagaan”.
Apabila negara kita berdagang dengan negara-negara lain, rakyat Malaysia secara keseluruhan mendapat faedah. Barang-barang elektronik yang diimport daripada China adalah lebih murah dan membolehkan rakyat membeli pelbagai jenis alatan yang menambahbaik kualiti kehidupan. Apabila pasaran ekonomi kita dibuka, maka faedah yang diterima oleh rakyat juga bertambah.
Usaha kerajaan mengadakan perjanjian perdagangan bebas bilateral dengan Amerika Syarikat dan negara-negara lain adalah satu usaha yang boleh membawa kebaikan kepada rakyat yang miskin atau kaya.
Secara umumnya, liberalisasi pasaran samada secara multilateral, bilateral ataupun unilateral adalah satu perkara yang baik. Tetapi, golongan sosialis dan lain-lain golongan yang berkepentingan pasti akan membantah liberalisasi pasaran. Mereka menakut-nakutkan rakyat dengan menuduh bahawa perjanjian perdagangan bebas akan membawa impak negatif kepada negara.
Golongan sosialis mahukan ekonomi negara dikawal oleh puak-puak tertentu. Mereka tidak mahu wujud persaingan kerana persaingan akan mereka kehilangan pengaruh. Mereka hanya mementingkan kantung golongan tertentu sahaja dan tidak memikirkan faedah yang lebih luas yang akan diterima oleh rakyat jika pasaran kita dibuka. Mereka mendesak kerajaan melindungi industri mereka walaupun barangan yang mereka keluarkan lebih mahal dan kurang bermutu.
Jika kerajaan terus melindungi mereka ini, maka yang akan menanggung bahana ialah para petani, penoreh getah, golongan berpendapatan rendah dan rakyat terbanyak. Kita akan terus menerus terpaksa membayar harga mahal untuk barang-barang yang rendah kualitinya. Inilah kezaliman sosialisme!
Pembukaan pasaran kita akan memperhebat persaingan dalam negara, menurunkan harga barang keperluan, membawa masuk lebih banyak pelaburan antarabangsa, dan mencipta pelbagai peluang pekerjaan. Semua ini baik untuk rakyat.
Malaysia Think Tank London baru-baru ini mengeluarkan satu laporan bertajuk “Menghapuskan Sekatan Perdagangan: satu tuntutan moral”. Laporan ini ditulis oleh Professor Julian Morris, pengarah eksekutif International Policy Network yang berpusat di London. Laporan tersebut menyatakan bahawa sekatan perdagangan adalah salah dari segi moral.
Menurut Professor Morris, penghapusan sekatan perdagangan membawa potensi pembangunan ekonomi negara yang pesat. Golongan miskin akan mendapat faedah besar daripada liberalisasi ekonomi kerana harga barang-barang akan turun dan kuasa membeli juga akan meningkat. Peningkatan ekonomi negara akan mempelbagai peluang pekerjaan dan perniagaan. Hasilnya, kita semua akan menikmati kualiti kehidupan yang lebih baik.
Menurut Professor Morris, “Perdagangan bebas membebaskan manusia. Perdagangan bebas membolehkan rakyat secara keseluruhan menambahbaik kualiti kehidupan mereka. Perdagangan bebas boleh membantu membasmi kemiskinan”
Ulama Islam juga tidak menggalakkan kawalan ekonomi. Ibn Khaldun mengatakan bahawa “aktiviti perniagaan yang dijalankan oleh kerajaan adalah merbahaya kepada rakyat dan boleh merosakkan pendapatan dan pentadbiran kewangan negara”.
Ibn Khaldun menjelaskan bahawa jika pihak-pihak tertentu menguasai ekonomi, maka akan wujud monopoli yang akhirnya memaksa rakyat membayar harga yang tinggi. Situasi sebegini membebankan rakyat.
Jika rakyat Malaysia benar-benar mahu mengamalkan sistem ekonomi yang baik, maka langkah pertama ialah memastikan sistem pasaran bebas kembali diletakkan ke tempatnya. Usaha kerajaan kita untuk menghapuskan sekatan perdagangan, baik secara multilateral, bilateral ataupun unilateral, perlu disokong selagi mana ia dijalankan dengan telus.
Menghapuskan sekatan perdagangan merupakan satu kewajipan atas kepada semua manusia tanpa mengira agama atau bangsa.
Liberalisasi ekonomi akan merangsang inovasi dalam pelbagai sektor, mempertingkat produktiviti, seterusnya memacu perkembangan ekonomi negara ke arah menjadikan Malaysia sebuah negara yang gemilang.
Filed under: Articles, Freedom & Liberty, Malaysia
makan beras amerika la lepas ni….
Do you not do so now?
American long grain from Sainsbury costs 50pence per kg. Broken basmati from an Asian shop costs £7.50 per ten kg (ie. 75 pence per kg). I would go for the higher quality rice that costs less.
Forcing you (by preventing choice) to buy an inferior product at a higher price would be immoral.
Having said that, it is also wrong for American government to continue subsidising their farmers. The arguments presented apply equally to all countries.
Yes, as user I would happy to buy high quality products with low prices. I would agree if it happens as what you described above.
But I still can not understand how can small companies or individuals would survive in aggressive competition world nowadays. From what I have learn in Business in Competitive Environment, extreme competition would not encourage growth. I think the clear example in the UK and Malaysia is Tesco or Giant against small groceries. I hope you would enlighten on that.
p/s: Inikah yang dimaksudkan perbezaan antara realistik dengan idealistik??
Trade liberalisation is not laissez faire. Competition Commission / Office of Fair Trading exist to ensure level playing fields.
Even though Tesco is huge, SMEs still flourish in the UK. Just look at the number of Asian shops and the evidence is clear. Yes, textbooks may say one thing. But the evidence is out there in the real world. How many restaurants / shops on Edgware Road closed when McDonald opened? How many shops closed when WH Smith opened?
The scaremongers campaigning against liberalisation are not using facts in their arguments.
Yeah, the role of regulatory body is very important in this case.
Before you get annoyed or fed up with my questions, I would like to ask another question.
Tesco and asian shops serves different market innit? Same as McD, Burger Kings, KFC vs SFC,AFC,Chicken cottage. They sell almost same product but serves different consumer. If you put McD in Edgware Road, by no means it will flourish because people are looking for halal food there. Unless they sell halal meat.
Thanks for your explanations.
That is exactly the point of competition. It would ensure efficiency in the supply of products. People would find ways to move into, and serve, different markets, and compete to give consumers the best that they can. That is how we improve. Not through subsidizing / protecting inefficient producers / suppliers.
ya lah,,aku juga biz barang cina mp4