Visit this site August 24, 2006
Posted by wansaiful in Ramblings.4 comments
Try this website: www.malaysiathinktank.org.uk
And, thanks very much for the Harakah phone number.
Harakah August 18, 2006
Posted by wansaiful in PAS, Ramblings.3 comments
I have been trying to find the phone number for Harakah’s subscription dept. (Want to renew my subs)
But they don’t put the number up on Harakahdaily website.
Can anybody help? Email it to me at ws@wansaiful.com
Jazakallah.
Islam dan Sistem Pasaran August 14, 2006
Posted by wansaiful in Articles, Freedom & Liberty.1 comment so far
(Freely adapted from an original article by Dr Imad Ahmad, Minaret of Freedom Institute)
Muqaddimah
Perniagaan bukan perkara asing bagi umat Islam. Rasulullah (saw) dan Saidatina Khadijah (r.a) merupakan ahli perniagaan yang berjaya dalam pasaran bebas pada masa itu. Kitab suci Al-Quran juga penuh dengan pelbagai ayat yang menyentuh hal ehwal pernaiagaan. Malahan, jika kita teliti sejarah perkembangan Islam, kita pasti mengakui peranan penting yang dimainkan oleh ahli perniagaan dalam menyebarkan Islam ke seluruh pelusuk bumi. Islam sampai ke Tanah Melayu melalui ahli perniagaan yang bergerak dalam pasaran bebas dunia, bukan melalui bala tentera. Malangnya, hubungan intim antara Islam dan pasaran bebas tidak begitu dihargai oleh dunia, termasuklah oleh umat Islam di Malaysia.
Usaha mengawal pasaran
Di awal kurun ke-20, hubungan rapat beberapa negara Arab dengan Soviet Union menyebabkan sistem sosialisme mula meresapi Timur Tengah. Sehingga hari ini, masih banyak lagi negara Arab yang mewarisi sisa-sisa sistem eknomi sosialisme yang mana kerajaan menguasai dan mengawal pergerakan ekonomi negara tersebut. Perkembangan pemikiran sosialis di negara-negara Arab akhirnya merosakkan sistem pasaran terbuka yang diwarisi masyarakat Arab sejak zaman Rasulullah (saw) lagi.
Bagaimanapun, sejak beberapa tahun kebelakangan ini, kita melihat betapa negara-negara umat Islam mula menunjukkan rasa tidak selesa terhadap sistem ekonomi sosialisme. Beberapa negara umat Islam, termasuklah Malaysia, telah kembali kepada sistem pasaran yang lebih terbuka dan berdaya-saing.
Malangnya, masih terdapat beberapa kelompok di kalangan umat Islam yang menentang sistem pasaran yang lebih terbuka.
Ada kelompok umat Islam yang masih pekat dengan fahaman sosialisme. Mereka ini mengatakan bahawa kita tidak boleh memiliki harta peribadi kerana apa-apa harta yang kita miliki mestilah di kongsi dengan rakyat secara keseluruhan. Dalam bahawa Inggeris, mereka ini digelar sebagai “economic egalitarians”. Fahaman pro-sosialis mereka menyebabkan mereka lebih selesa jika rakyat dan syarikat dikenakan cukai yang tinggi agar harta boleh dibahagi-bahagikan, termasuklah kepada mereka yang tidak bekerja.
Kelompok kedua pula meyakini bahawa untuk membangun, semua hal ehwal dalam sesebuah negara mestilah dikawal oleh kerajaan (autoritarianisme). Mereka ini berpegang dengan pandangan bahawa menteri-menteri adalah orang bijak pandai yang pakar dalam mengawal ekonomi negara. Oleh itu, aktiviti ekonomi mestilah dikawal sepenuhnya oleh kerajaan melalui proksi-proksi tertentu.
Kelompok ketiga pula menentang sistem pasaran kerana mereka tidak suka kepada kesenangan dan kemewahan. Bagi mereka, harta hanya menjauhkan kita daripada agama. Sebaliknya, mereka mahu hidup dalam dunia tersendiri dan tidak mencampuri urusan mencari pendapatan untuk hidup selesa (asetikisme).
Ketiga-tiga kelompok di atas mempunyai persamaan yang ketara. Mereka semuanya mengatakan bahawa harta atau kekayaan adalah sesuatu yang tidak baik untuk dimiliki oleh individu. Sebaliknya, pendapatan rakyat mesti dijadikan milik negara, contohnya melalui cukai yang tinggi, dan harta tersebut akan dikawal atau diuruskan oleh negara demi menjaga kebajikan semua rakyat.
Semua fahaman ini sebenarnya tidak selari dengan sistem Islam yang mahukan setiap individu Muslim berusaha dan bekerja, mengumpul harta daripada pekerjaan yang halal, dan kemudian melakukan sebanyak mungkin amal jariah secara sukarela. Dalam sistem Islam, penekanan yang tinggi diberikan kepada setiap individu Muslim untuk membantu menjaga kebajikan jiran tetangga dan rakyat keseluruhan, bukan mencari helah dengan mengatakan bahawa itu adalah tanggungjawab kerajaan.
(To be continued, but most probably on a different platform)
Must see August 6, 2006
Posted by wansaiful in Ramblings.10 comments
Someone sent me these links. I’m sure I have seen them before. But, definitely worth revisiting.
Link one.
Link two.
A smile every now and then never hurts.
The kind of ministers that we have… August 1, 2006
Posted by wansaiful in Malaysia, Politics.add a comment